Mercu Arsenal
Mercu Arsenal Diraja pertama, didedahkan pada tahun 1888, mengandungi tiga
meriam dilihat dari atas, menghala ke utara, menyerupai mercu
Borough of Woolwich. Meriam ini kadangkala disalah tafsir sebagai
serombong asap,
tetapi kewujudan ukiran kepala singa dan sebiji lada di setiap meriam
adalah petanda jelas yang mereka adalah meriam. Pada tahun 1922, kelab
ini telah menggunakan mercu satu meriam buat pertama kalinya,
mengandungi sebuah meriam yang menghala ke timur. Mercu ini hanaya
digunakan sehingga tahun 1925 di mana meriam itu dihala ke arah barat
pula selepas itu, tongnya dikecilkan dan nama gelaran kelab ini, "The
Gunners", telah ditatah dikiri mercu ini. Pada tahun 1949, kelab ini
telah mendedahkan mercu yang telah dimodenkan yang nengandungi gaya
meriam yang serupa, nama kelab dalam tulisan
blackletter
di atas meriam, dan sebuah gulungan yang diukir dengan moto Latin baru,
"Victoria Concordia Cresit" (yang bermaksud "kemenangan hasil
harmoni"). Buat pertama kalinya, mercu ini diberi warna- merah, hijau,
dan emas - yang sedikit bervariasi semenjak kewujudan mercu tersebut.
Disebabkan pelbagai rujukan ke atas mercu ini, Arsenal tidak mampu
untuk memberi hakcipta; meskipun kelab itu telah berjaya mendaftarkan
mercu itu sebagai
trademark,
dan telah berbalah (dan memenangi) sebuah perbicaraan dengan seorang
peniaga tempatan yang menjual barangan-barangan 'tidak rasmi' Arsenal,
[5]
Arsenal mencari perlindungan undang-undang yang lebih melengkapi. Maka,
pada tahun 2002 mereka memperkenalkan mercu baru yang mangandungi
garisan-garisan lengkung moden dan gaya yang ringkas, yang mana boleh
dihakciptakan.
[6] Meriam tersebut sekali lagi menghala ke timur dan nama kelab ditulis dalam tulisan
sans-serif
yang tersendiri di atas meriam itu. Hijau telah digantikan dengan biru
gelap. Mercu baru in menerima respons yang pelbagai daripada para
penyokong, dengan sesetengah daripada mereka mengatakan yang mercu ini
telah mengabaikan sejarah dan tradisi Arsenal dengan rekaan moden yang
radikal, dan penyokong kelab tidak diajak berbincang secara serius
berhubungan dengan isu ini.
[7]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar